~Hadis Hari Ini~

Tuesday, September 4, 2012

Mengapa adanya kelas pemulihan ya?

Berikut merupakan antara Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan berkaitan dasar pelaksanaan Pendidikan Pemulihan di sekolah yang masih digunapakai;


  • Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32) bth. 22 Januari 1985.


               “Guru Khas Pendidikan Pemulihan

  • Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
     Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26)  bth. 18 Januari 1986.
               “Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah”
  • Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.



     Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bth. 30 Jun 1989.
        “Guru Khas  Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas
          Pemulihan Di Sekolah Rendah

Objektif Pendidikan Pemulihan


  • Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira.
  • Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaaran.
  • Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

   (Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap Satu - 1984)


Apa itu Pendidikan Pemulihan???


Pasti ramai di luar sana yang masih tidak tahu apa itu Pendidikan Pemulihan bukan?? Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan pendidikan pemulihan. Namun, sebelum itu mari kita lihat dulu siapa kanak-kanak pemulihan ini. 

  “ … kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kuarang kebolehan menerima pendidikan biasa.”
                         (A.E. Tansley dan Gulliford)


  “ … kanak-kanak pemulihan ialah  kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak”.                    (M.F.  Clough)


  “ Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan  mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana”.
                                                          (Sharifah Rahmah Ali)


“Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.”
                 
(National Association for Remedial Education
                        ‘NARE’  Great Britain - 1977)

  
“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”.
                                        (Panduan Am KBSR - 1982)


Dalam proses pendidikan pula, pendidikan pemulihan ialah:

“Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR”.



Flaming Arrow Glitter Purple