~Hadis Hari Ini~

Tuesday, September 4, 2012

Apa itu Pendidikan Pemulihan???


Pasti ramai di luar sana yang masih tidak tahu apa itu Pendidikan Pemulihan bukan?? Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan pendidikan pemulihan. Namun, sebelum itu mari kita lihat dulu siapa kanak-kanak pemulihan ini. 

  “ … kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kuarang kebolehan menerima pendidikan biasa.”
                         (A.E. Tansley dan Gulliford)


  “ … kanak-kanak pemulihan ialah  kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak”.                    (M.F.  Clough)


  “ Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan  mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana”.
                                                          (Sharifah Rahmah Ali)


“Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.”
                 
(National Association for Remedial Education
                        ‘NARE’  Great Britain - 1977)

  
“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”.
                                        (Panduan Am KBSR - 1982)


Dalam proses pendidikan pula, pendidikan pemulihan ialah:

“Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR”.



No comments:

Post a Comment

Flaming Arrow Glitter Purple